Sunday 27 August 2017

TI0083 - Malay - Is ‘Arafah fasting there (in Islam)?

Apakah terdapat puasa Arafat (dalam Islam)?


Ada yang berpendapat, terdapat hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak dapat menunaikan Haji pada hari Arafat maka mereka perlu berpuasa pada hari tersebut. Tolong nyatakan hadis tersebut beserta dengan penjelasan. Mereka menyatakan bahawa, ‘hari’ tersebut merupakan hari Jemaah haji berkumpul di padang Arafah yang terletak di Saudi. Namun, anda menyatakan kita perlu berpuasa pada hari Arafah hanya selepas melihat akan bulan pada hari kesembilan.

Waheedul Samaan

Jawapan:

Berpuasa pada hari jemaah haji berkumpul di Arafah bukan ajaran Rasulullah SAW.

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ ـ أَوْ قُرِئَ عَلَيْهِ ـ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو، عَنْ بُكَيْرٍ، عَنْ كُرَيْبٍ، عَنْ مَيْمُونَةَ ـ رضى الله عنها ـ أَنَّ النَّاسَ، شَكُّوا فِي صِيَامِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ عَرَفَةَ، فَأَرْسَلَتْ إِلَيْهِ بِحِلاَبٍ وَهْوَ وَاقِفٌ فِي الْمَوْقِفِ، فَشَرِبَ مِنْهُ، وَالنَّاسُ يَنْظُرُونَ‏.‏
975. Maimunah mengatakan bahawa semua ragu-ragu terhadap puasa nya Nabi pada hari Arafah. Maka, Maimunah mengirimkan susu yang telah diperah kepada beliau. Pada saat itu beliau sedang berhenti di mauqif (yakni tempat wuquf di Arafah). Kemudian beliau meminumnya, sedangkan orang-orang melihatnya.
(Reference: http://sunnah.com/bukhari/30/96)

Bagi mereka yang tidak dapat melakukan ibadat haji untuk berpuasa pada hari Arafah, hadis ini merupakan bukti.

وَحَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، جَمِيعًا عَنْ حَمَّادٍ، - قَالَ يَحْيَى أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، - عَنْ غَيْلاَنَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ، عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، رَجُلٌ أَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ كَيْفَ تَصُومُ فَغَضِبَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَلَمَّا رَأَى عُمَرُ - رضى الله عنه - غَضَبَهُ قَالَ رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ غَضَبِ اللَّهِ وَغَضَبِ رَسُولِهِ ‏.‏ فَجَعَلَ عُمَرُ - رضى الله عنه - يُرَدِّدُ هَذَا الْكَلاَمَ حَتَّى سَكَنَ غَضَبُهُ فَقَالَ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ بِمَنْ يَصُومُ الدَّهْرَ كُلَّهُ قَالَ ‏"‏ لاَ صَامَ وَلاَ أَفْطَرَ - أَوْ قَالَ - لَمْ يَصُمْ وَلَمْ يُفْطِرْ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ كَيْفَ مَنْ يَصُومُ يَوْمَيْنِ وَيُفْطِرُ يَوْمًا قَالَ ‏"‏ وَيُطِيقُ ذَلِكَ أَحَدٌ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ كَيْفَ مَنْ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا قَالَ ‏"‏ ذَاكَ صَوْمُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ كَيْفَ مَنْ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمَيْنِ قَالَ ‏"‏ وَدِدْتُ أَنِّي طُوِّقْتُ ذَلِكَ ‏"‏ ‏.‏ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ ثَلاَثٌ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ فَهَذَا صِيَامُ الدَّهْرِ كُلِّهِ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ ‏"‏ ‏.‏
Abu Qatada meriwayatkan telah datang seorang berjumpa dengan Rasulullah SAW dan bertanya: Bagaimanakah anda berpuasa? Rasulullah SAW terganggu dengan soalan tersebut. Apabila Umar(ra) melihat akan perubahan pada wajah Baginda SAW beliau berkata: Kita semua sedia maklum bahawa Allah merupakan Tuhan kita, Islam merupakan jalan hidup kita dan Muhammad SAW merupakan Nabi kita. Umar mengulangi perkataan tersebut sehingga beliau(Nabi SAW) reda daripada marah. Umar berkata: Rasulullah, apakah keadaan seorang yang berpuasa secara berterusan? Beliau(SAW) berkata: Orang itu tidak berpuasa dan tidak pula berbuka. Umar bertanya: Bagaimana sekiranya seorang itu berpuasa untuk dua hari dan tidak berpuasa satu hari? Beliau(SAW) berkata: Bolehkah orang itu melakukannya? Beliau(Umar) bertanya: Bolehkah seorang itu puasa pada satu hari dan tidak puasa pada satu hari? Rasulullah(SAW) menjawab: Itu merupakan puasa Nabi Daud(as). Umar bertanya lagi: Bagaimana jika seorang itu puasa pada satu hari dan tidak puasa pada dua hari? Rasulullah SAW menjawab: Aku harap aku diberi kekuatan untuk melakukannya . Kemudian Rasulullah SAW berkata: Puasa tiga hari pada setiap bulan dan berpuasa pada bulan Ramadhan perlu sentiasa dilakukan. Aku cari daripada Allah bahawa puasa pada hari Arafa boleh menebus dosa-dosa tahun-tahun terdahulu dan yang akan datang, dan aku cari daripada Allah yang puasa pada hari Ashura dapat menebus dosa pada tahun yang akan datang.
http://sunnah.com/muslim/13/252

Daripada hadis di atas kita ketahui bahawa puasa pada hari Arafa dapat mengampun dosa-dosa kita.

Apa yang kita perlu tahu sekarang adalah hari apakah yang dikatakan hari Arafah itu? Walaupun hari yang dikatakan oleh kerajaan Saudi sebagai hari Arafah itu diambil kira, adakah hari tersebut merupakan hari Arafah bagi mereka yang tinggal di tempat lain di serata pelusuk dunia? Atau hari Arafah ditentukan berdasarkan melihat akan bulan?

Walaupun ada yang berhujah dengan mengatakan bahawa hari Arafah merupakan hari yang para jemaah berkumpul di Arafah; hujah ini bercanggah dengan ajaran Rasulullah SAW.

Hari Arafah merupakan hari kesembilan, setelah melihat akan bulan pada bulan Zulhijjah. Mengikut rantau masing-masing, setelah melihat akan bulan pada hari kesembilan bulan Zulhijjah maka itu merupakan hari Arafah; ini merupakan amalan pada zaman Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW tinggal di Madinah selama tiga belas tahun. Oleh itu, sudah pasti Rasulullah melalui hari Arafah.

Sekiranya, sesorang itu hanya perlu berpuasa pada hari jemaah haji berkumpul di Makkah, sudah pasti Rasulullah SAW melantik seorang untuk pergi ke Makkah untuk membawa berita sama ada jemaah haji telah berkumpul atau belum.

Namun, kita dapati sepanjang hayat baginda, beliau tidak pernah melakukan seperti ini. Oleh itu, jelaslah bahawa di Madina Rasulullah SAW melakukan puasa Arafah pada hari kesembilan, setelah melihat akan bulan.

Berita tentang hari para Jemaah haji berkumpul di Arafah tidak mungkin diketahui oleh Rasulullah SAW melalui wahyu. Sekiranya Allah telah mewahyukan perkara tersebut maka sudah pasti Rasulullah SAW sampaikan berita tersebut.

Tambahan pula, pada zaman Rasulullah SAW orang Islam bukannya tinggal di Madina sahaja. Ramai muslim yang tinggal di luar Madina juga. Tidak mungkin mereka yang tinggal di luar Madina juga mendapat berita akan hari para Jemaah haji berkumpul di Madinah. Sudah pasti mereka ketahui hari Arafah melalui lihat akan bulan.

Apabila Rasulullah SAW berada di Madinah Jemaah haji telahpun berkumpul di Arafah. Rasulullah SAW tidak puasa pada hari Jemaah haji berkumpul di Arafah. Beliau berpuasa setelah melihat akan bulan.

Sekiranya Raulullah SAW mengkehendaki sudah tentu beliau boleh ketahui hari para Jemaah berkumpul di Arafah dan puasa pada hari tersebut. Ini kerana, terdapat lapan hari sebelum tibanya hari Arafah setelah melihat akan bulan. Walaupun begitu, tidak terdapat bukti yang menyatakan Rasulullah SAW telah menghantar seseorang ke Mekkah untuk membawa berita tentang hari berkumpul di Arafah.

Ada juga yang menyatakan bulan boleh dilihat di Mekkah dan Madinah pada hari pada hari yang sama. Untuk ini, jawapan kami adalah, jika terdapat kebarangkalian nampak akan bulan di Makkah dan Madinah pada hari yang sama maka tidak mustahil barangkali tidak nampak akan bulan pada hari yang sama.

Ada juga yang berhujah dengan menyatakan jika kemudahan komunikasi yang terdapat pada masa kini juga wujud pada masa Rasulullah SAW maka sudah tentu beliau menggunakannya.

Persoalan kami adalah, adakah Rasulullah SAW menggunakan apa jua kemudahan yang terdapat pada masa itu?

Sebahagian menyatakan sekiranya terdapat telefon pada ketika itu maka Rasulullah SAW pasti telah menggunakannya. Terdapat lapan hari antara bulan dilihat pada fasa pertama sehinnga hari Arafah. Dalam masa lapan hari tersebut, adakah Rasulullah SAW menghantar sesiapa untuk sahkan perkara tersebut.

Muslim pada zaman Rasulullah SAW pasti memutuskan hari Arafah dengan melihat anak bulan sendiri, bukannya mengetahuinya pada hari Jemaah haji berkumpul.

Bagi mereka yang menyatakan bahawa hari Arafah merupakan hari kumpulnya jemaah haji di Arafah perlu ingat, hujah ini menjadikan Rasulullah SAW yang telah melakukan kesilapan dalam hal ini.

Sekiranya kita faham bahawa hujah tentang menetukan hari Arafah merupakan hujah yang lemah, maka sudah tentu persoalan seperti ini tidak akan timbul lagi.

Translated by: Brother Abdul Aslam
The original source (Tamizh): 

No comments:

Post a Comment