Tuesday 1 August 2017

TI0064 - Malay - Is there any proof (in Quran and Sunnah) for reading Surah Yaseen for the departed/deceased?

Apakah terdapat bukti untuk membaca Yaseen kepada mereka yang telah meninggal dunia?



Apabila seseorang itu berada di ambang kematian, maka Surat Yasin dibaca disampingnya, sebagai penenang baginya. Amalan ini sangatlah lazim di kalangan kaum Tamil Muslim. Mereka menyatakan bahawa amalan ini terdapat di dalam kitab hadis.

Nabi Muhammad (SAW) menyatakan bahawa apabila maut menghampiri seseorang itu maka bacakanlah Surat Yasin kepada mereka.
Pengisytihar: Makil Bin Yasar (RA)
Kitab: Abu Dawood 2814, 1438 Ibnu Majah
Reference : Sunan Abi Dawud 3121
In-book reference : Book 21, Hadith 33
English translation : Book 20, Hadith 3115
URL reference: https://sunnah.com/abudawud/21/33

English reference : Vol. 1, Book 6, Hadith 1448
Arabic reference : Book 6, Hadith 1515
URL reference: http://sunnah.com/urn/1287980

Nabi Muhammad (SAW) menyatakan bahawa Yasin(Surat) merupakan jantung Al-Quran. Mereka yang membacanya dengan mengharapkan Allah dan hari Akhirat maka mereka akan diampuni. Oleh yang demikian bacakanlah kepada mereka yang menghampiri kematian.
Pengisytihar: Makil Bin Yasar (RA)
Kitab: Ahmed 19415

Hadis ini juga boleh didapati di dalam pelbagai kitab yang lain. Kesemua hadis ini telah diisytiharkan oleh Makhil Bin Yasir(RA) di mana perkara ini dinyatakan oleh Abu Usman daripada ayahnya.

Memandangkan identiti Abu Usman dan ayahnya tidak diketahui, maka ulama hadis menyatakan bahawa hadis ini merupakan hadis yang lemah.

Nabi (SAW) menyatakan bahawa sekiranya Surat Yasin dibaca disamping mereka yang menghampiri maut maka sudah pasti Allah akan meringankan azabnya.
Pengisytihar: Abu Darda(RA), Abu Zar(RA).
Kitab: Musnad Firdausi

Salim Bin Marwan yang didapati dalam hadis ini merupakan seorang yang lemah.

Memandangkan kesemua hadis tentang membaca Yasin disamping orang yang menghampiri kematian merupakan hadis yang lemah, maka amalan tersebut tidak boleh kita lakukan.

Ramai di kalangana masyarakat kita menyangka bahawa membaca Quran untuk mereka yang telah meninggal dunia akan dapat memberi pahala kepada si mati tersebut dan menamakan amalan ini sebagai “Khattam”.

Nabi (SAW) tidak pernah mengajar kita amalan seperti ini.

Isteri Nabi (SAW) Khadijah, puterinya Zainab (RA) dan puteranya Ibrahim(RA) semuanya telah meninggal dunia ketika baginda masih hidup lagi. Walau bagaimanapun, kita dapati Nabi(SAW) tidak mengirim pahala melalui membaca Quran kepada kesemua ahli keluarganya yang meninggal dunia.

Tambahan pula, ramai sahabat yang meninggal dunia pada zaman Nabi(SAW). Namun begitu, Nabi(SAW) dan sahabatnya tidak melakukan amalan tersebut. Sekiranya amalan tersebut merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah maka sudah tentu Nabi(SAW) melakukannya. Oleh yang demikian, amalan ini merupakan suatu bidaah yang akan mencampakkan kita ke dalam api neraka pada akhirat kelak.

Amalan bidaah ini diwujudkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang bergelar diri mereka sebagai alim ulama semata-mata untuk mencuri wang daripada masyarakat.

Oleh yang demikian, amalan membaca Quran untuk si mati oleh saudara-mara bagi mengirim pahala kepada si mati merupakan suatu amalan yang sia-sia.

Translated by: Brother Ahmad Aslam

The original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-is-there-any-proof-in-quran-and-sunnah-for-reading-surah-yaseen-for-the-d/183235285521138

No comments:

Post a Comment