Tuesday 1 August 2017

TI0077 - Malay - When should the six days of fasting be kept?

Bilakah sepatutnya untuk berpuasa enam?


Puasa enam perlu dilakukan pada bulan Syawal. Adakah ini bermaksud perlu berpuasa secara berturut-turut sejurus selepas daripada raya pertama? Ataupun boleh berpuasa selama enam hari pada hari apa sekalipun sepanjang bulan Syawal?

Berdasarkan hadits Abu Ayyub Al-Anshari bahwa Raulullah shallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan, lalu menyambungnya dengan enam hari dibulan Syawal, maka dia seperti berpuasa sepanjang tahun”.
(HR.Muslim: 1164).

Hadis ini bicara akan perlunya berpuasa pada bulan Syawal selepas daripada puasa pada bulan Ramadhan.

Oleh kerana terdapat perkataan “menyambung”, maka ada yang berpendapat bahawa perlu berpuasa selama enam hari secara berturut-turut selepas daripada raya pertama. Pendapat ini tidak betul. Ini kerana hadis ini sebenarnya membawa maksud selepas daripada berpuasa penuh pada bulan Ramadhan, sambungan daripadanya perlu puasa selama enam hari pada bulan Syawal; ini bukan bermaksud perlu puasa selama enam hari secara berturut-turut.

Bagi perkataan kesinambungan dalam bahasa Arab digunakan perkataan “Atbahu”. Manakala bagi perkataan berturut-turut dalam bahasa Arab digunakan perkataan “Mutatabihain”.

Contohnya Al-Quran bicara akan, apa yang perlu dilakukan sebagai tebusan bagi mereka yang “ziharkan” isterinya.

Kemudian, sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. (Quran 58:4).

Di dalam ayat Al-Quran di atas, di dapati perkataan “Mutatabihain” digunakan untuk puasa berturut-turut. Sekiranya untuk puasa enam digunakan perkataan seperti perkataan di dalam Quran, maka perlulah kita puasa secara berturut-turut. Namun hadis tersebut tidak menggunakan perkataan seperti dalam Al- Quran.

Andai kata, hadis tersebut menyatakan perlu berpuasa selama enam hari secara berturut-turut sejurus selepas Ramadhan, terdapat larangan untuk berpuasa pada raya pertama. Mereka yang berpendapat perlu berpuasa berturut-turut sejurus selepas Ramadhan tetap berpuasa pada 2 Syawal hingga 7 Syawal. Berdasarkan ini, hujah perlunya berpuasa berturut-turut sejurus selepas Ramadhan tidak boleh digunakan. Sekiranya terlepas satu hari daripada Ramadhan maka ini tidak bermaksud berturut-turut. Malah tidak terdapat hadis tentang perlunya berpuasa pada 2 Syawal hingga 7 Syawal.

Oleh itu, pendapat yang menyatakan perlu puasa enam secara berturut-turut tidak boleh diterima.
Pendapat yang tepat adalah, boleh berpuasa enam pada hari apa sekalipun sepanjang bulan Syawal.

Puasa selama 30 hari ditambah pula dengan puasa selama 6 hari menjadi puasa selama 36 hari. Nabi S.A.W bersabda, pahala berpuasa setiap hari adalah bagi satu hari berpuasa dilipat gandakan sebanyak sepuluh kali ganda pahala.

Sekiranya inilah pendapat untuk puasa enam maka tidak perlulah untuk berpuasa enam secara berturut-turut. Oleh kerana, dalam hadis dinyatakan perlu puasa enam pada bulan Syawal maka perlu berpuasa selama enam hari pada bulan Syawal.

Translators: Brother Akbar Ali, Brother Aslam

The original source (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-when-should-the-six-days-of-fasting-be-kept/229052957606037/

No comments:

Post a Comment