Tuesday 1 August 2017

TI0069 - Malay - Explanation on aqeeda or the belief system to affirm onto (which one should we follow?)

Keterangan Akidah (yang mana perlu kita mengikutinya?)


Satu-satunya agama yang diterima oleh Allah swt adalah Islam.

Firman Allah swt dalam AlQuran:
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. (3:19)

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. {3:85}

Agama yang diredai Allah swt ini disampaikan kepada kita melalui Alquran dan Sunnah Nabi saw.
Hanya dua inilah Yang menjadi sumber dalam Islam untuk kita mengikutinya.ia disebutkan oleh Allah swt dalam AlQuran dikebanyakan tempat.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): “Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan”. {7:3}

Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”. {2:38}

Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepadamu dari Tuhanmu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. {6:106}

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat”: dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan. {24:51}

Katakanlah lagi (kepada mereka): ” Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah. Kemudian jika kamu berpaling ingkar maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Rasul Allah hanya bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepadanya, dan kamu pula bertanggungjawab akan apa yang ditugaskan kepada kamu. Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasul Allah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata”. {24:54}

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {3:31}

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. {8:46}

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. {6:153}

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (AlQuran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.{4:59}

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. {33:36}

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {5:3}

Allah swt telah sempurnahkan agama ini semasa hayat hidup Nabi saw.Tidak sesiapapun berhak untuk menambah ataupun mengurangi sesuatu dalam agama ini. Jika ada orang mengikuti sesuatu yang tidak diajarkan oleh Nabi saw,ia seperti mengajar kan sesuatu kepada Allah swt pula.Seolah-olah agama yang disempurnakan Allah swt ini ada kekurangan dan perlu ditambahkan sesuatu.

Allah swt bertanya kepada kita dalam AlQuran:

Katakanlah (kepada orang-orang “A‟raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang agama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman „)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. {49:16}

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Siapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini yang tidak ada perintahnya maka perkara itu tertolak". Diriwayatkan pula oleh 'Abdullah bin Ja'far Al Makhramiy dan 'Abdul Wahid bin Abu 'Aun dari Sa'ad bin Ibrahim. (Bukhari :2697)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengamalkan suatu perkara yang tidak kami perintahkan, maka ia tertolak."(Muslim:3243)

Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda: 'Barangsiapa telah diberi petunjuk oleh Allah, maka tidak ada yang bisa menyesatkannya. Barangsiapa telah disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang bisa memberikan petunjuk kepadanya. Sebenar-benar perkataan adalah kitabullah (Al Qur'an), sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, dan sejelek jelek perkara adalah hal-hal yang baru, setiap hal yang baru adalah bid'ah dan setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan di dalam neraka'.(Nasaei:1560)

Banyak amalan-amalan seperti ini yang tak pernah diajarkan oleh Nabi saw tetapi di amalkan atas nama agama yang tidak ada dalil nya daripad Alquran dan Sunnah Nabi saw. Bukan sahaja amalan seperti ini tak dapat Apa-apa pahala malah dapat pula dosa akibat mengamalkanya.

Ada kalanya mereka terlalu fanatik dengan pegangan mereka walaupun pendapat mereka bertentangan dengan Alquran dan Sunnah Nabi saw.sedangkan imam-imam masyur semua pernah berkata jika pendapat aku menyalahi Alquran dan Sunnah Nabi saw maka tinggalkan pendapat aku, ikutilah Alquran dan Sunnah Nabi saw.

Punca berlaku amalan yang baru dalam agama ini semua kerana kurangnya kefahaman bahawa sumber dalam Islam hanyalah Alquran dan Hadis Nabi saw.semoga kita menjadi orang-orang yang mengikuti Alquran dan Sunnah Nabi saw dalam apa juga keadaan sekalipun InshaAllah.

Translated by: Brother Akbar Ali

Original source (Tamizh): From Islamiya Adippadai Kalvi book, குரான், ஹதீஸை பின்பற்றுதல், page#81

No comments:

Post a Comment