Tuesday 1 August 2017

TI0078 - Malay - Saying Taqabbalallahu minna wa minkum on Eid

Mengucap Taqabbalallahu minna wa minkum pada Hari Raya



Pada Hari Raya Eid ramai di kalangan kita yang mengucap Taqabbalallahu minna wa minkum. Bolehkah kita berucap antara satu-sama lain dengan demikian.

Dijawab oleh: Abdun Naser MiSc.

Kita dapat lihat amalan ucapan Taqabbalallahu minna wa minkum amat lazim di kalangan masyarakat Arab pada kedua-dua Hari Raya. Daripada mereka masyarakat Islam dari negara lain mencontohi amalan ini.

Semua hadith yang menyokong amalan ini merupakan lemah. Malah, setiap riwayat bercanggah antara satu sama lain.

Satu riwayat menyatakan bahawa Rasulullah SAW yang berucap demikian manakala riwayat lain menyatakan amalan tersebut merupakan amalan Yahudi dan Nasrani. Kita akan lihat sebab-sebab riwayat itu merupakan riwayat yang lemah.

Hadis Pertama


سنن البيهقي الكبرى (3/ 319)
6088 - أخبرنا أبو الحسن بن عبدان أنبأ أحمد بن عبيد ثنا إسحاق بن إبراهيم بن سفيان ثنا أبو علي أحمد بن الفرج المقرئ ثنا محمد بن إبراهيم الشامي ثنا بقية بن الوليد عن ثور بن يزيد عن خالد بن معدان قال : لقيت واثلة بن الأسقع في يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك فقال نعم تقبل الله منا ومنك قال واثلة لقيت رسول الله صلى الله عليه و سلم يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Diriwayatkan oleh Halith bin Maktan: Pada Hari Raya aku berjumpa dengan Vasila ibn Asqa dan aku mengucapkan Taqabbalallahu minna wa minkum. Beliau menjawab Naam Taqabbalallahu minna wa minkum. Beliau berkata lagi, aku berjumpa dengan Rasulullah SAW pada Hari Raya dan aku mengucapkan Taqabbalallahu minna wa minkum. Beliau(SAW) menjawab Naam Taqabbalallahu minna wa minkum.
Rujukan: Sunan Al Kubra Al Baihaqi # 6088

Dalam sanad hadis ini terdapat empat perawi yang lemah

1. Baqiya Ibn Waleed: Beliau merupakan Mutallis. Beliau riwayatkan seolah-olah beliau mendengar padahal beliau tidak pernah mendengar. Riwayat daripada mereka hanya boleh diterima sekiranya mereka riwayatkan perkataan yang sama daripada perawi yang lain. Dalam riwayat ini terdapat perkataan * ‘Ann*, di mana sekiranya yang riwayatkan ini merupakan Mutallis maka ia tidak akan diterima. Oleh itu, ia merupakan *Da’if. *

2. Ishaq ibn Ibrahim ibn Sufyan. Beliau merupakan salah seorang yang meriwayatkan hadis ini. Beliau merupakan * “Majhulul Haal” * yang tidak dikenali. Oleh yang demikian, hadis ini menjadi lemah.

3. Ahmad ibn Fajr. Beliau juga merupakan salah seorang perawi hadis ini. Ulama hadis mengritik dengan menyatakan beliau merupakan seorang perawi yang lemah.

4.   Muhammad Bin Ibrahim As Sami: Beliau merupakan salah seorang perawi hadis ini. Beliau merupakan Mathrukul Hadis bermaksud yang telah dipinggirkan. Segolongan ulama hadis mengkritik beliau.

Oleh kerana kempat-empat individu tersebut yang meriwayatkan hadis ini, maka hadis ini menjadi sesuatu yang baru yang ditokok-tambah. Oleh itu, riwayat ini merupakan riwayat yang lemah yang perlu ditinggalkan.


Hadis Kedua

سنن البيهقي الكبرى (3/ 319)
6091 - أخبرناه أبو الحسين بن بشران ببغداد أنبأ أبو جعفر محمد بن عمرو الرزاز ثنا محمد بن الهيثم بن حماد ثنا نعيم بن حماد ثنا عبد الخالق بن زيد بن واقد الدمشقي عن أبيه عن مكحول عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال : سألت رسول الله صلى الله عليه و سلم عن قول الناس في العيدين تقبل الله منا ومنكم قال ذلك فعل أهل الكتابين وكرهه عبد الخالق بن زيد منكر الحديث قاله البخاري
عبد الخالق بن زيد الدمشقي متروك الحديث

Diriwayatkan oleh Ubbatha Ibn Samith: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai mengucap Taqabbalallahu minna wa minkum pada kedua-dua Hari Raya. Beliau berkata ini merupakan amalan Yahudi & Nasrani dan beliau tidak menyukai ucapan tersebut.
Rujukan : Sunan Al kubra Al Baihaqi #6091

*Hadis ini juga lemah. *

Oleh kerana Abdul Halik ibn Sayd Athimiski merupakan salah seorang perawi hadis ini maka, hadis ini menjadi hadis yang Da’if. * Imaam Bukhari telah mengkritik beliau dengan menyatakan orang tersebut merupakan *Munkaarul Hadis (yang meriwayatkan riwayat yang lemah) dan ramai ulama telah mengkritik beliau.

Kesimpulannya, riwayat tentang ucapan Taqabbalallahu minna wa minkum antara satu sama lain merupakan sangat lemah sehingga amalan tersebut dibandingkan dengan riwayat lemah yang lain yang menyatakan amalan tersebut merupakan amalan Yahudi & Nasrani.

Maka, kita tidak boleh mmengamalkan amalan ini dengan beranggapan ia merupan Sunnah.

*Amalan ini telah diadakan selepas Rasulullah SAW. Mengikutinya dengan menyatakan merupakan ajaran Salaf(mereka yang terdahulu). Ia merupakan Bid’a yang jelas. *

Jazzakumullahu Khairan : Abdun Naser MiSc

Translator: Brother Aslam

Original source (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-saying-taqabbalallahu-minna-wa-minkum-on-eid/239973236514009/

No comments:

Post a Comment