Tuesday 1 August 2017

TI0066 - Malay - Following the forefathers

Mengikut Nenek-Moyang Secara Membuta Tuli



Percaya akan nenek-moyang secara membuta tuli merupakan sebab utama menyelewengkan manusia daripada jalan yang benar; menyebabkan walaupun manusia paling bijak ke dalam jahil. Kita dapat melihat akan saintis, cendikiawan undang-undang, hakim, penyelidik dan lain-lain lagi dalam dunia ini. Kita semua kagum akan bakat serta kemahiran menganalisis yang dimiliki oleh mereka. Kita dapati golongan bijak pandai, yang mengagumkan semua dengan ilmu yang mereka miliki, mengangkat tangan mereka untuk menyembah batu yang mereka buat sendiri.

Apa yang terjadi kepada bakat serta kemahiran menganalisis yang mereka miliki? Terkenal kerana terlibat dalam penyelidikan terperinci iaitu membelah rambut serta analisis untuk perkara sangat-sangat remeh dalam kehidupan dan yang boleh menjana tenaga dengan ilmu malahan membelah atom; namun mengapa mereka menutup mata apabila datangnya perkara ini. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana mengikut nenek-moyang secara membuta tuli. Nenek-moyang mereka telah melihat bagaimana sesuatu amalan itu perlu dilakukan. Dan mereka sekali lagi daripada nenek-moyang mereka telah diajar bagaimana seseorang itu perlu mengikutinya. Inilah sebab mengapa kepandaian yang mengagumkan itu tidak dipakai dalam perkara ini.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek-moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek-moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?”.
Al Quran, Surat 2, v170

Hancurnya kepandaian dan maruah diri manusia, disebabkan mengikut nenek-moyang secara membuta tuli ini, merupakan sesuatu yang tidak harus kekal dikalangan kaum Muslim merupakan apa yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini. Namun, ramai dikalangan kaum Muslim yang meniru amalan seperti ini daripada penganut agama lain. Walaupun amalan nenek moyang mereka bercanggah dengan Quran dan malahan apabila perkara tersebut dibawa ke perhatian, mereka menjawab “Nenek-moyang kami lakukannya dengan cara ini, dan kami akan lakukan perkara yang sama”.

Menyembah kubur, sujud pada kaki Sheikh(dikenali sebagai ketua agama), ‘Santhana Koodu’(perarakan membawa struktur seperti kereta kuda), ritual angkat bendera, melakukan sesi kumpulan ‘fatihah’ dengan ketaatan, dan pelbagai amalan lagi seolah-olah amalan tersebut merupakan sebahagian daripada agama, disebabkan oleh amalan mengikut nenek-moyang. Jika seseorang itu menyuluh menunjukkan larangan Allah dan Nabi Muhammad(SAW), kebanyakkan menjawab “Nenek-moyang kami lakukan demikian”. Adakah anda mengetahui sesuatu yang tidak disedari oleh nenek-moyang kami? Bagi mereka ayat Quran ini (2:170) merupakan penjelasan yang terbaik.

Apakah sebab disebalik golongan ini menggunakan kaedah ini, dengan mempercayai nenek-moyang secara membuta tuli?

Bagi permulaan, agama ini dibawa oleh Nabi Muhammad(SAW). Sahabat Nabi Muhammad(SAW) belajar agama dari beliau. Generasi seterusnya belajar dari mereka. Kita belajar tentang agama dengan mengunakan kaedah menurunkan ilmu dari generasi ke generasi. Oleh itu, apa sahaja yang nenek-moyang mereka amalkan pasti telah diturunkan dari generasi ke generasi dari Nabi Muhammad(SAW). Punca sebenar disebaliknya adalah kepercayaan(percaya akan nenek moyang secara buta tuli).

Walaupun para sahabat belajar daripada Nabi Muhammad(SAW) dan generasi seterusnya belajar daripada para sahabat dan seterusnya dari generasi ke generasi ilmu agama ini diajarkan, kebarangkalian untuk penambahan ataupun pengurangan sesuatu perkara mungkin terjadi di antara satu masa. Ini adalah kebenaran yang mana mereka tidak sedar.

Terdapat satu komuniti yang percaya Isah(Jesus) merupakan anak kepada Maha Pencipta. Mereka percaya bahawa prinsip ini diturunkan dari generasi ke generasi. Isah(Jesus) mengajar bahawa Maha Pencipta tidak mempunyai anak, namun atas nama beliau prinsip yang bertentangan dengan ajaran beliau; apa yang perkara ini menunjukkan? Bukankah ini menunjukkan tidak mungkin keseluruhan ajaran hanya bergantung pada penurunannya dari generasi ke generasi?

Nabi Ibrahim(as) seperti yang telah diperintahkan oleh Pencipta membina semula Kaabah, terdapat 360 berhala yang telah diletakkan dan disembah oleh keturunan selepas itu. Bukankah ini menunjukkan nenek-moyang tidak boleh dipercayai sepenuhnya?

Sekiranya hujah mereka boleh diterima iaitu amalan nenek-moyang datangnya daripada Nabi Muhammad(SAW) jadi bagaimanakah mungkin seseorang itu menafikan apabila kaum Kristian menyatakan prinsip Isah(Jesus) merupakan anak Tuhan datangnya daripada Isah(Jesus)? Bagaimana mungkin seseorang itu menolak amalan kafir Mecca menyembah berhala merupakan ajaran Ibrahim?
Nenek moyang kami telah mengajar akan kami solat, puasa dan seterusnya sebagai agama. Dalam hal ini bukankah kita mengikut mereka? Merupakan soalan yang boleh ditanya oleh seseorang. Di sini, ayat ini tidak menyatakan menolak nenek moyang secara keseluruhan. Sebagaimana mengikut nenek-moyang secara keseluruhan merupakan salah, begitu juga menolak nenek-moyang secara keseluruhan juga merupakan salah.

Kita boleh memahami perkara ini apabila Allah bertanya dalam ayat (2:170) “Apa!, walaupun nenek-moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?".

Jika nenek moyang telah berjalan di jalan yang benar - jika ia adalah jalan yang sama seperi yang telah ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya - maka kita boleh menerimanya dengan hati terbuka.
Kita harus sedarkan semua bahawa pengikut nenek-moyang tidak benar dalam hujah mereka. Pengikut nenek-moyang hanya mengikut nenek-moyang dalam hal berkaitan agama. Siapapun tidak mengikut nenek-moyang dalam hal berkaitan dunia.

Nenek-moyang tidak pernah melihat kenderaan moden. Tidak pernah melihat alat-alat elektronik. Tidak tahu tentang bangunan konkrit. Semata-mata kerana semua ini tidak pernah digunakan oleh mereka, generasi selepas itu tidak henti daripada menggunakan semua kemudahan ini. Mereka sangat berharap akan kehidupan yang nenek-moyang mereka tidak pernah rasai. Mereka lakukan sesuatu perkara yang nenek-moyang tidak pernah lakukan sekiranya perkara tersebut membawa banyak ganjaran. Mereka juga tinggalkan apa yang telah dilakukan oleh nenek moyang mereka. Dalam hal berkaitan dunia, mengikut nenek-moyang tidak akan memberi kesan buruk yang teruk. Dalam dunia yang remeh ini, sedikit ketidakselesaan mungkin berlaku. Itu sahaja!

Apa yang mereka tidak sedar adalah, dalam hal berkaitan agama sekiranya mereka mengikut nenek-moyang secara membuta tuli maka kehidupan akhirat akan rugi sepenuhnya.

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andai kata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul".

Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).
Al Quran, (33:66-67).

Bukankah kita harus sedar bahawa kita harus lebih berhati-hati dalam hal berkaitan agama daripada hal berkaitan dunia selepas diberi amaran oleh Pencipta bahawa mengikut nenek-moyang dan orang tua dihormati secara buta tuli dapat menolak kita ke dalam neraka?

Apabila kita dapat tahu tentang sesuatu amalan yang telah diarahkan oleh Allah dan Rasul, maka kita harus mengikutnya walaupun bercanggah dengan amalan nenek-moyang. Kita tidak harus memberi alasan yang sama seperti alasan kafir iaitu mengikut nenek-moyang. Sesiapa yang lempar keluar akan kepercayaan nenek-moyang secara membuta tuli yang merupakan punca dapat jauhkan daripada buku Allah dan ajaran Rasululullah; merekalah yang telah sedar akan ayat ini dan yang mengamalkannya. Sekiranya mempercayai secara buta tuli dicabut keluar dari akarnya, sebahagian besar perkara yang menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat akan hilang. Semoga Allah mempermudahkannya!

Translated by: Brother Ahmad Aslam

The original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-following-the-forefathers/190661018111898

No comments:

Post a Comment