Tuesday 1 August 2017

TI0070 - Malay - Participating in the assembly that is against the tenets of Islam

Menghadiri/mengambil bahagian dalam majlis yang bercanggah dengan ajaran Islam


Adakah mengambil bahagian dalam Majlis  saudara agama lain seperti menghadiri kenduri kahwin, program, sambutan dan sebagainya bercanggah dengan ajaran Islam? Termasuk Majlis perkahwinan orang Islam yang meminta dowry daripada pengantin perempuan?




Secara amnya, berkenaan dengan majlis dan sambutan saudara agama lain, jika tidak bercanggah dengan agama Islam; maka tidak salah dalam menghadiri majlis tersebut.

Jika seseorang itu menghadiri ke majlis yang bercanggah dengan syariat Islam, maka tugas kita adalah untuk menghalangnya. Sekiranya seseorang itu tidak dapat menghalang, maka orang tersebut patut mengelak daripada menghadiri tempat tersebut.

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.
(Quran 4:140).

Sekiranya kita mengambil bahagian/menghadiri majlis/tempat berlakunya perbuatan salah, walaupun kita tidak melakukan kesalahan tersebut, namun pada pandangan Allah kita bersekongkol melakukan perbuatan tersebut.

Telah diriwayatkan dengan pengesahan Tariq b. Shihab
Marwan merupakan yang pertama melakukan (amalan) menyampaikan khutbah sebelum solat hari raya(Eid). Seorang lelaki bangun dan bersuara: Solat patut mendahului khutbah. Dia(Marwan) berkata ini(amalan) telah dihapuskan. Abu Said berkata berkenaan ini: Lelaki ini telah melakukan (tugasnya) yang dimilikinya. Saya mendengar Rasulullah(SAW) bersabda: Sesiapa antara kalian yang melihat perbuatan keji maka perlu mengubahnya dengan tangan; jika tidak berkuasa, maka mengubahnya dengan lidah, dan tidak berkuasa dengan lidah maka mengubahnya dengan hati, dan itu merupakan selemah-lemah iman.
Reference : Sahih Muslim 49 a
In-book reference : Book 1, Hadith 84
USC-MSA web (English) reference : Book 1, Hadith 79
http://sunnah.com/muslim/1/84

(The above is also announced by Abu Sa'id Al-Khudri in Muslim)
Arabic/English book reference : Book 1, Hadith 184
https://sunnah.com/riyadussaliheen/1/184

Tidak ada siapapun yang dapat menafikan bahawa mengambil dowry(daripada pengantin perempuan) merupakan kekejaman sosial. Bagi perbuatan kejam tersebut, Rasulullah(SAW) bersabda bahawa benci akan amalan tersebut dengan hati merupakan selemah-lemah iman. Dengan tidak menurut perintah yang mudah ini, menghadiri/mengambil bahagian dalam majlis kahwin tersebut, makan di majlis tersebut merupakan amalan yang merosakkan iman seseorang.

Bagaimanakah cara untuk sedarkan perbuatan jahat orang yang meminta dowry (daripada pengantin perempuan) dengan tidak berhati perut langsung. Kita harus fikir bahwa, adakah dengan menghadiri majlis tersebut dan makan di kenduri tersebut dapat menyedarkan mereka? jawapannya sudah tentu tidak.

Perintah ini sama juga untuk majlis kahwin yang bukan Islam. Oleh itu, kita harus sedarkan mereka juga bahawa perbuatan tersebut(dowry) merupakan kekejaman sosial dengan tidak menghadiri/mengambil bahagian dalam majlis tersebut.

Translated by: Brother Aslam

The original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-participating-in-the-assembly-that-is-against-the-tenets-of-islam/197398070771526/

No comments:

Post a Comment