Tuesday 1 August 2017

TI0073 - Malay - ‘Amals (actions) to do during Lailatul Qadr

Amalan yang perlu di buat pada malam lailatul qadar.



Berpandukan tajuk diatas dalam bulan Ramadan ini kita boleh lihat di masjid dan surau mereka giat memberi pamphlet dan artikel mengenai amalan yang perlu dibuat pada malam LAILATUL QADAR. Antaranya adalah membaca surah  Al-ikhlas sebanyak status kali dalam solat,solat tasbih, berzikir secara ramai-ramai dengan suara yang kuat dan macam-macam amalan yang tidak diajarkan oleh Nabi saw dan juga tidak ada hadis sahih yang boleh kita  kaitkan dengan amalan -amalan seperti ini.

Di dalam malam yang penuh keberkahtan ini jangan kita buat amalan ataupun bid'ah yang tidak diajarkan oleh Nabi saw dan sekaligus  merosakan ibadah yang kita lakukan dalam bulan yang mulia ini.

Nabi saw  tidak mengajar kita solat khusus yang perlu kita amalkan dalam malam LAILATUL QADAR .

Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman
( Ra) bahwasanya dia mengabarkan kepadanya bahwa dia pernah bertanya kepada 'Aisyah (Ra) tentang cara solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Ramadhan. Maka 'Aisyah(Ra) menjawab: "Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya lebih dari sebelas raka'at, Beliau solat empat raka'at, dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya kemudian Beliau solat empat raka'at lagi dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya kemudian Beliau solat tiga raka'at". 'Aisyah radliallahu 'anha berkata; Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah anda tidur sebelum melaksanakan witir?" Beliau menjawab: "Wahai 'Aisyah, kedua mataku tidur, namun hatiku tidaklah tidur".
(Bukhari 1147)

Daripada hadis diatas kita dapati tidak ada solat khusus untuk malam LAILATUL QADAR yang diajarkan oleh Nabi saw.yang ada hanya solat 8+3,jumlah sebelas rakaat yang di buat oleh Nabi saw dengan memanjangkan rukuq,sujud dan sebagainya dengan tertib,solat inilah yang perlu kita solat  pada malam LAILATUL QADAR.
Doa pada malam LAILATUL QADAR .

Dari  Aisyah (Ra)ia berkata; wahai Rasulullah, apabila aku mengetahui malam apakah LAILATUL QADAR, maka apakah yang aku ucapkan padanya? Beliau mengatakan: "Ucapkan; ALLAAHUMMA INNAKA 'AFUWWUN TUHIBBUL 'AFWA FA'FU 'ANNII (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi ampunan dan Maha Pemurah, Engkau senang memberikan ampunan, maka ampunilah aku).
(Thirmizi 3435)

Jika ada satu amal yang diajarkan khusus oleh Nabi saw pada malam LAILATUL QADAR adalah,hanya doa diatas sahaja,maka perlulah kita banyakan doa ini dalam sepuluh malam terakhir.

Semoga kita sama-sama mengikut Sunnah Nabi saw dengan amalkan amalan seperti mana yang diajarkan oleh Nabi saw dengan berikhtikaf dalam sepuluh malam terakhir dan berdiri dalam solat malam untuk mendapatkan MALAM LAILATUL QADAR yang penuh barakah dan menyamai lebih seribu bulan.

Translator: Brother Akbar Ali

The original source (Tamizh):

No comments:

Post a Comment