Tuesday 1 August 2017

TI0075 - Malay - Fitrah, i.e the charity of Eid-ul-Fitr(Festival of breaking of the fast)

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 
Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.

Zakat fitrah dalam bulan puasa


Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh!

Zakat fitrah adalah zakat yang di wajibkan atas semua Muslimin dan mulimat.

Dari 'Abdullah bin 'Umar( Ra)berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah satu sha' dari kurma atau sha' dari gandum bagi setiap hamba sahaya (budak) maupun yang merdeka, laki-laki maupun perempuan, kecil maupun besar dari kaum Muslimin. Dan Beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat untuk shalat ('ied) ".
(Bukhari 1503)

Tujuan zakat fitrah:


Dari Ibnu Abbas(Ra), ia berkata; Rasulullah saw mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum shalat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah shalat maka itu hanya sedekah diantara berbagai sedekah.
(Abu Daud1371/Ibnu majjah1817)

Bagi orang yang berpuasa zakat fitrah dapat menebus kesalahan yang terdapat semasa puasa dan juga pahala memberi makanan kepada orang miskin.Bagi orang yang tak puasa pula seperti orang sakit,kanak-kanak dan sebagainya hanya dapat pahala memberi makanan kepada orang miskin sahaja.

Waktu memberi zakat fitrah:


Dari Ibnu 'Umar (Ra) bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan (untuk menunaikan) zakat fitrah sebelum orang-orang keluar untuk shalat ('Ied) ".
(Bukhari 1509/1503)

Selepas solat raya tidak boleh beri zakat fitrah,jika mau kita boleh berinya sebelum dua tiga hari raya.
Tujuan Islam mewajibkan zakat fitrah adalah supayah si miskin dan si kaya dapat bersama-sama berhari raya tanpa perpedaan taraf dan sebagainya.

Pihak yang berwajib bagi zakat fitrah adalah orang yang di bawa jagaan beliau seperti ibu bapa,kanak- kanak,lelaki, perempuan dan sebagainya.

Merupakan suatu kewajipan untuk memberi bagi seseorang, bagi pihak orang tua, anak-anak, wanita, lelaki dan semua di bawah penjagaannya. Bagi pihak setiap seorang perlu diberikan sebanyak satu Sa’ (lebih kurang 2.5 kilogram) ataupun boleh diberikan wang ringgit yang sama dengannya.

Abu Huraira (ra) telah dilantik oleh Rasulullah (SAW) untuk mengutip zakat Eid-ul-Fitr. Oleh itu, kaedah yang digunakan oleh Rasulullah (SAW) untuk memberi sumbangan kepada fakir miskin merupakan dengan mengutip sumbangan secara keseluruhan dari semua yang memberi sumbangan, bukannya setiap individu memberi sumbangan kepada fakir miskin yang datang meminta
(ringkasan bagi Hadis Bukhari 3275 & 5010).

Dan 'Utsman bin Al Haitsam berkata telah bercerita kepada kami 'Auf dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menugaskan aku menjaga harta zakat Ramadhan. Kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun aku merebutnya kembali, lalu aku katakan; "Aku pasti akan mengadukan kamu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam". Lalu Abu Hurairah radliallahu 'anhu menceritakan suatu hadits berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi berkata; "Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi (Quran 2:255) kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta'ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi". Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syatian".
Utsmana bin Al Haitsam berkata; Telah menceritakan kepada kami 'Auf dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu, ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menugaskanku untuk menjaga harta zakat. Lalu pada suatu hari ada seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menyergapnya seraya berkata, "Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.." lalu ia bercerita dan berkata, "Jika kamu hendak beranjak ke tempat tidur maka bacalah ayat Al Kursi (Quran 2:255), niscaya Allah akan senantiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Ia telah berkata benar padamu, padahal ia adalah pendusta. Si penyusup tadi sebenarnya adalah syaitan."

Dengan mengutip sumbangan dari golongan berada serta golongan pertengahan, merupakan cara yang amat sesuai yang dapat membantu meringankan beban golongan fakir miskin. Sekiranya, setiap individu memberikan sumbangan secara berasingan, maka suatu situasi di mana hanya sesetengah fakir miskin yang akan dapat sumbangan manakala ramai yang tidak dapat sumbangan tersebut akan terjadi.  Malah, orang yang sama mendapat sumbangan banyak kali juga akan terjadi.

Mengumpul sumbangan dahulu, kemudian memberikannya kepada fakir miskin merupakan cara yang terbaik untuk memastikan semua fakir miskin mendapatkan sumbangan tersebut. Malah mereka akan mendapat jumlah sumbangan yang mereka perlukan. Tamil Nadu Thowheed Jamaath meminta dan berharap agar cara Rasulullah (SAW) ini dipegang serta diamalkan.

The original source (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-fitrah-ie-the-charity-of-eid-ul-fitrfestival-of-breaking-of-the-fast/229114387599894/

No comments:

Post a Comment