Tuesday 1 August 2017

TI0076 - Malay - Eid (festival) prayer

Solat Hari Raya



Nabi saw telah menyuruh kita solat khusus dua rakaat pada pagi hari raya Aidilfitri dan hari raya Haji.

Waktu solat:



Daripada  Abu said Alqutri (Ra)Nabi saw pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Haji (tidak akan ke masjid)tetapi akan pergi ke Padang yang lapang dan pertama kali beliau akan mendirikan solat.
(ringkasan hadis)
(Bukhari 956/Muslim 1472)

Daripada Al Bara' (Ra)berkata, Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan khutbah, sabdanya: "Pertama kali yang akan kita kerjakan pada hari ini adalah solat, kemudian kembali pulang dan menyembelih haiwan kurban. Maka barangsiapa mengerjakan seperti ini bararti dia telah memenuhi sunnah kami."(Bukhari 951/Muslim 3627)

Daripada Atha' bin Abu Rabah dia berkata; Ibnu Zubair( Ra) solat bersama kami pada hari raya di hari jum'at, di awal hari, kemudian kami berangkat untuk melaksanakan solat jumaat, namun dia tidak keluar untuk mengimami kami, akhirnya kami solat sendiri-sendiri, ketika itu Ibnu Abbas (Ra) sedang berada di thaif, setelah datang, kami sampaikan hal itu kepadanya, dia menjawab; "Dia (Ibnu Zubair) Ra,benar telah melaksanakan sunnah."
(Abu Daud 905)

pada hari raya perbuatan yang pertama kita kena buat adalah solat hari raya,inilah yang dituntut dalam hadis diatas,juga dalam hadis diatas mengatakan pada awal hari maka tanpa melambatkan waktunya  kita harus solat di pagi hari.

Solat di Padang yang lapang:



Kedua-dua solat raya perlu didirikan di Padang,Nabi saw yang mengatakan solat di masjid Nabawi pahalanya 1000kali Ganda daripada solat dimasjid lain (Bukhari 1190)tapi bila solat raya beliau menyuruh kita solat di Padang, ini menunjukkan ada kebaikanya solat raya di Padang.

Daripada  Abu said Alqutri (Ra)Nabi saw pada hari raya Aidilfitri dan hari raya Haji (tidak akan ke masjid)tetapi akan pergi ke Padang yang lapang dan pertama kali beliau akan mendirikan solat.
(ringkasan hadis)
(Bukhari 956/Muslim 1472)

Wanita dalam solat hari raya:



Wanita wajib ambil bahagian dalam solat hari raya,malah wanita yang dalam haid juga perlu datang ke Padang,
walaupun mereka tidak boleh solat tetapi mereka boleh ambil bahagian dalam amalan-amalan lain.

 Daripada Ummu 'Athiyah(Ra) berkata, "Kami diperintahkan untuk mengajak keluar (wanita) haid dan wanita yang sedang dipingit pada dua hari raya, sehingga mereka bisa menyaksikan jama'ah kaum Muslimin dan mendo'akan mereka, lalu menjauhkan wanita-wanita haid dari tempat shalat mereka." (Bukhari 351/Muslim 1475)


Datang melalui satu jalan dan pergi pula melalui jalan lain:



 Daripada Jabir bin 'Abdullah( Ra), ia berkata, "Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam solat raya, beliau mengambil jalan yang berbeda (antara berangkat dan kembali).
(Bukhari 986)

Makan sebelum solat:



Apabila hendaklah pergi untuk solat raya Aidilfitri Nabi saw akan makan dulu sebelum pergi solat.

Daripada Anas bin Malik( Ra)berkata, "Pada hari raya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak berangkat untuk melaksanakan solat hingga beliau makan beberapa biji kurma."
(Bukhari 953)

Solat raya Aidilfitri Nabi saw tak akan pergi tanpa makan dan solat raya Haji Nabi saw tidak akan makan selagi binatang korban disembelikan.
diriwayatkan oleh Buraidah(Ra )
(Ibnu kuzaimah 1426)


Tidak ada solat sunat sebelum (solat raya):



Dari Ibnu 'Abbas (Ra) berkata; Nabi Shallallahu'alaihiwasallam keluar pada hari raya lalu solat dua raka'at dan Beliau tidak solat lain sebelum maupun sesudahnya,
(Bukhari 1431/Muslim 1476)

Tak ada Azan dan iqamah:



Dari Jabir bin Samurah(Ra)ia berkata; Saya telah menunaikan solat dua hari raya bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih dua kali, yakni (beliau menunaikannya) tanpa adzan dan iqamah. (Muslim 1470)

Cara solat raya:



Dua rakaat, dalam rakaat pertama selepas takbir takhrima baca doa wajjahtu wajilillathi.......selepas itu imam perlu takbir sebanyak Tujuh kali,makmum juga harus ikut tanpa bersuara, selepas itu baca surah
Al-fatihah dan surah seterusnya seperti solat lain seperti rukuq,sajdah dan apa yang perlu dibuat dalam solat lain.

Dalam rakaat kedua pula  takbir sebanyak lima kali,di ikuti makmum tanpa bersuara,baca surah Al-fatihah dan surah seterusnya dan iruku,sujud
seperti biasa dalam solat lain,semasa takbir tambahan 7dan 5 ,tidak ada doa tertentu yang sabit daripada Nabi saw.maka kita tidak boleh melakukan doa tertentu semasa takbir 7dan5.
Diriwayatkan daripada Abdullah  Amr bin Al-ash.Kitab:(Abu Daud 971/Taruqkutri jilid 2,muka surat48,baihaki5968)

Surah yang perlu dibacakan:




Dari Nu'man bin Basyir (Ra)ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa membaca surat Al A'la dan surat Al Ghasyiah dalam solat dua hari raya dan shalat Jum'at. Bila solat Id (raya) bertepatan dengan hari Jumaat, beliau juga membaca kedua surat tersebut dalam kedua solat itu." (muslim1452)

Dari Ubaidullah bin Abdullah bahwasa Umar bin Al Khaththab (Ra)pernah bertanya kepada Abu Waqid Al Laitsi, "Surat apa yang dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika mengerjakan solat iedul Adlha dan iedul Fithri?" ia menjawab, "Beliau membaca surat 'QAAF WAL QUR`ANIL MAJIID' dan 'IQTARABATIS SAA'ATU WAN SYAQQAL QAMAR.'"(Muslim 1477)



Sutra (penghadang):



 Dari Ibnu 'Umar(Ra), bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menancapkan tombak pada hari Raya Fitri dan hari Raya kurban, kemudian beliau solat." (Bukhari 972/Muslim 773)


Dari  Ibnu 'Umar(Ra), bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berangkat menuju tempat solat sedang di tangan beliau ada sebuat tongkat, tongkat tersebut beliau tancapkan di depannya lalu solat menghadap ke arahnya."(Bukhari 973/muslim774)


Tidak ada mimbar:



Tidak boleh ikut seperti mana solat jummah pada hari jummaat yang katib akan naik mimbar dan baca kutbah,solat hari raya kutbanya berdiri dibawah ,yakni diatas Padang bukan diatas mimbar.

inilah yang di ajarkan oleh Nabi saw.

Dari Abu Sa'id Al Khudri (Ra) berkata, "Pada hari raya Idul Firi dan Adlha Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar menuju tempat solat (lapangan), dan pertama kali yang beliau kerjakan adalah solat hingga selesai. Kemudian beliau berdiri menghadap orang banyak sedangkan mereka dalam keadaan duduk di barisan mereka. Beliau memberi pengajaran, wasiat dan memerintahkan mereka.
Dan apabila beliau ingin mengutus pasukan, maka beliau sampaikan atau beliau perintahkan (untuk mempersiapkannya), setelah itu beliau berlalu pergi." Abu Sa'id Al Khudri berkata, "Manusia senantiasa melaksanakan (tata cara shalat hari raya) seperti apa yang beliau laksanakan, hingga pada suatu hari aku keluar bersama Marwan -yang saat itu sebagai Amir di Madinah- pada hari raya Adlha atau Fithri. Ketika kami sampai di tempat solat, ternyata di sana sudah ada mimbar yang dibuat oleh Katsir bin Ash Shalt. Ketika Marwan hendak menaiki mimbar sebelum pelaksanaan shalat, aku tarik pakaiannya dan dia balik menariknya, kemudian ia naik dan khuthbah sebelum solat. Maka aku katakan kepadanya, "Demi Allah, kamu telah merubah (sunnah)!" Lalu dia menjawab, "Wahai Abu Sa'id. Apa yang engkau ketahui itu telah berlalu." Aku katakan, "Demi Allah, apa yang aku ketahui lebih baik dari apa yang tidak aku ketahui." Lalu dia berkata, "Sesungguhnya orang-orang tidak akan duduk (mendengarkan khutbah kami) setelah solat. Maka aku buat (khutbah) sebelum solat."
(Bukhari 956/Muslim 1472/Abu Daud 963/ Ibnu majjah 1265/Ahmad 10651)

Dalam hadis-hadis di atas kita dapati

Marwan kamu telah menyalahi Sunnah Nabi saw,kamu membawa mimbar,tidak pernah dibuat oleh sesiapapun sebelum ini.Nabi saw hanya buat satu khutbah sahaja bila solat raya,tidak ada dalil yang beliau buat dua khutbah dan duduk sekejab seperti mana kita buat di hari jummaat.hanya terdapat dalil yang Nabi saw buat satu khutbah sahaja.

Dari Abu Sa'id Al Khudri(Ra)ia berkata, "Pada hari ied Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam keluar dan solat dua raka'at bersama manusia kemudian salam. Setelah itu beliau berdiri di atas kedua kakinya di Padang, beliau menghadap ke arah manusia yang sedang duduk dan bekutbah .
(Ibnu Majjah1278)

Jika khutbah tidak dapat didengar oleh wanita:



Dari, Ibnu 'Abbas (Ra) berkata,: "Aku ikut menyaksikan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam melaksanakan solat 'ied sebelum khuthbah dan Beliau menganggap bahwa khuthbahnya tidak terdengar oleh jama'ah wanita. Akhirnya Beliau mendatangi mereka bersama Bilal yang membentangkan pakainnya lalu Beliau memberi nasihat kepada mereka serta memerintahkan mereka untuk bershadaqah. Maka ada seorang wanita diantara mereka yang memberi shadaqah". Ayyub menunjuk pada telinga dan tenggorokannya" (maksudnya bersedekah dengan anting dan kalung).
(Bukhari 1449)

Takbir dan berdoa:



Dari Ummu 'Athiyyah( Ra)berkata, "Pada hari Raya

d kami diperintahkan untuk keluar sampai-sampai kami mengajak para anak gadis dari kamarnya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan kaum laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbirnya kaum laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya kaum laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut."
(Bukhari 971/Muslim 1474)

Allahuakbar...inilah yang dikatan takbir,Nabi saw tak pernah ajarkan kita takbir khusus untuk hari raya,juga tidak terdapat hadis yang sahih megenainya.

Di hari raya selepas solat ataupun sebelum solat ada yang bertakbir di hari raya,sebenarnya tidak terdapat hadis sahih megenainya.

Takbir tidak boleh di ucapkan kuat-kuat.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. {7:205}

Raya pada hari jummaat:



Jika hari raya jatuh pada hari jumaat,

Kita boleh solat raya dan solat jumaat,juga di bolehkan jika  tidak solat jumaat tapi perlu solat hari raya.

Dari Nu'man bin Basyir (Ra)ia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam biasa membaca surat Al A'la dan surat Al Ghasyiah dalam solat dua hari raya dan shalat Jum'at. Bila solat Id (raya) bertepatan dengan hari Jum'at, beliau juga membaca kedua surat tersebut dalam kedua solat itu." (muslim1452)

Hadis di atas menjadi dalil bahawa Nabi saw solat hari raya dan solat jummaat .

 Dari Abu Hurairah(Ra) dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda; "Pada hari ini telah berkumpul bagi kalian dua hari raya, barangsiapa ingin melaksanakan, maka hari rayanya ini sudah mencukupi shalat jumaatnya, namun kami akan tetap melaksanakan Jumaat." (Abu Daud 907)

Ibnu Zubair solat bersama kami pada hari raya di hari jumaat, di awal hari, kemudian kami berangkat untuk melaksanakan solat jumaat, namun dia tidak keluar untuk mengimami kami, akhirnya kami solat sendiri-sendiri, ketika itu Ibnu Abbas sedang berada di thaif, setelah datang, kami sampaikan hal itu kepadanya, dia menjawab; "Dia (Ibnu Zubair) benar telah melaksanakan sunnah."
(Abu Daud 905)



Translated by: Akbar Ali

மூலம்: நபிவழியில் தொழுகை சட்டங்கள் (Nabivazhiyil Thozhugay Sattangal) book by MI Muhammad Sulaiman, Aug 2015 edition, page 181-192

The original source (Tamizh): https://www.goodreads.com/book/show/31452572

No comments:

Post a Comment