Tuesday 1 August 2017

TI0065 - Malay - Congregational/Group dua is not allowed

Tidak Boleh Berdoa Secara Berjemaah



Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Quran 7:55).

Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Quran 7:205)

Sesungguhnya ayat ini (Quran 7:55) membicarakan tentang bagaimana seseorang itu perlu berdoa kepada Allah.

Sekiranya kita mempunyai sebarang permintaan kepada pihak berkuasa atau menteri maka sudah tentu kita mengetahui tentang adanya cara dan adab yang patut kita patuhi.

Permintaan kita tidak akan diterima oleh pihak berkuasa sekiranya kita berbicara secara berirama ataupun meminta dengan berlagu sekalipun permintaan kita merupakan permintaan yang sangat adil. Di samping itu, permintaan juga akan ditolak jika meminta dengan menggunakan nada yang keras.

Adab yang perlu kita patuhi apabila mempunyai sebarang hajat kepada Allah perlulah beribu kali lebih, daripada adab yang kita patuhi ketika berhajat kepada manusia. Itulah apa yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat ini.

Berdoalah kepada Allah dengan rasa rendah diri merupakan adab yang pertama. Andai kata meminta secara berirama ataupun meminta dengan berlagu kepada Allah itu tanda telah melanggar adab.

Beginilah adat berdoa yang kita dapati di kebanyakan masjid iaitu tidak mempunyai adab dan tidak sedar kepada siapa yang mereka sedang meminta.

Tambahan pula, berdoa secara rahsia merupakan cara yang betul yang disebutkan di sini.

Daripada ini, boleh mengetahui bahawa berdoa dalam jemaah dengan suara yang lantang bukannya cara yang betul.

Setiap orang mempunyai permintaan yang tersendiri. Mengikut permintaan masing-masing, cara yang tepat sekali untuk berdoa adalah meminta dengan rasa rendah diri, secara berahsia dan dengan mengunakan bahasa yang mereka fasih.

Kita hendaklah sentiasa ingat bahawa Allah hanya akan terima doa kita sekiranya kita mengikut cara untuk berdoa sebagai mana yang telah diperintahkan olehnya.
Suara Yang Lantang

Adab untuk bagaimana perlu beringat kepada Allah akan dibincangkan disini. Pertama, perlu adanya rasa rendah diri serta takut apabila ingat kepada Allah. Kedua, bukannya memanggil Allah sekadar di lidah sahaja tetapi ingat Allah di dalam hati. Ketiga, tidak perlu beringat dengan suara yang lantang.

Pada masa kini, kebanyakan daripada kaum Tamil Muslim atas nama “Ratip” dan “Halka” membuat bising di samping menyayi serta menari dengan bersangka ini merupakan cara untuk mengingati Allah malangnya mereka hanya menghimpun dosa.

Sekiranya mereka memberi perhatian kepada ayat ini (7:205) maka mereka akan sedar apa yang mereka lakukan itu adalah salah.

Translated by: Brother Ahmad Aslam

The original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-congregationalgroup-dua-is-not-allowed/187885008389499

No comments:

Post a Comment