Tuesday 1 August 2017

TI0074 - Malay - I’tikaaf’s rulings

Hukum-hukum berikhtikaf.



Maksud ikhtikaf dalam bahasa Arab adalah tinggal seperti tinggal dirumah kita,akan tetapi pandangan Islam adalah tinggal dimasjid sambil mengharapkan Pahala daripada Allah swt,inilah di katakan berikhtikaf.

Nabi saw berihtikaf dalam masjid di sepuluh malam terakhir Ramadan.

Sahabat-sahabat beliau pun berihtikaf di sepuluh malam terakhir Ramadan.

Kenapa perlu berihtikaf di bulan Ramadan?:



Untuk mendapatkan malam yang penuh barakah dan seumpamah seribu bulan ini,perlu kita mencari banyak pahala dengan beramal ibadah pada malam ini,tanpa fikiran kita di ganggu oleh persekitaraan dan sebab inilah Nabi saw dan para sahabat (Ra) berihtikaf di masjid dalam bulan Ramadan di sepuluh malam terakhir Ramadan.

Hadis dibawah ini menjadi dalil:

Daripada Abu Sa'id Al Khudri,(Ra)
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan i'tikaf pada sepuluh malam yang awal dari Ramadan, dan kami juga ikut beri'tikaf bersama beliau. Lalu datanglah Malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya apa yang kamu cari ada di depan kamu (pada malam berikutnya)." Maka Beliau beri'tikaf pada sepuluh malam pertengahannnya dan kami pun ikut beri'tikaf bersama Beliau. Kemudian Malaikat Jibril datang lagi dan berkata, "Sesungguhnya apa yang kamu cari ada di depan kamu (pada malam berikutnya)." Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdiri memberi khuthbah kepada kami pada pagi hari di hari ke dua puluh dari bulan Ramadan, sabdanya: "Barangsiapa sudah beri'tikaf bersama Nabi shallallahu 'alaihi wasallam maka pulanglah, karena aku diperlihatkan (dalam mimpi) Lailatul Qadar namun aku dilupakan waktunya yang pasti. Namun dia ada pada sepuluh malam-malam akhir dan pada malam yang ganjil. Sungguh aku melihat dalam mimpi, bahwa aku sujud di atas tanah dan air (yang becek)." Pada masa itu atap masjid masih terbuat dari daun dan pelepah pohon kurma, dan kami tidak melihat sesuatu di atas langit hingga kemudian datang awan dan turunlah air hujan. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam shalat bersama kami hingga aku melihat sisa-sisa tanah dan air pada wajah dan ujung hidung Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai bukti kebenaran mimpi beliau."
(Bukhari 813/Muslim 2168)

Permulaan ikhtikaf:

Bagi orang yang berhajat untuk ikhtikaf,pada pagi hari 20,selepas solat Subuh perlu pergi ke tempat berihtikaf mereka.

Daripada Aisha (Ra)Nabi saw jika berhajat untuk ikhtikaf,selepas solat Subuh beliau akan pergi ke tempat ikhtikaf beliau.
(Muslim 2007)

Sepertimana kita tahu daripada Nabi saw bahawa kita di suruh cari malam Lailatul Qadar  dalam malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan,jadi apabila dikatan  Nabi saw akan ikhtikaf selepas solat Subuh maksudnya bukan pada hari ke 21.Kalau kita faham macam ini kita akan terlepas malam ke 21 ini.maksudnya adalah selepas solat Subuh pada hari ke 20,baru kita akan dapat malam 21 InshaAllah.

Masa tamatnya ikhtikaf:


orang  yang ikhtikaf dalam bulan Ramadan apabila habis hari ke 29 jika terlihat anak bulan selepas magrib bolehlah balik ke rumah,andaikata cukup 30hari maka selepas magrib bolehlah pulang ke rumah.

Daripada Abu Sa'id Al Khudriy (Ra) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam 'i'tikaf di bulan Ramadhan pada sepuluh malam pertengahan bulan. Kemudian ketika telah melewati malam ke dua puluh menjelang malam kedua puluh satu Beliau datang kembali ke tempat khusus i'tikaf Beliau, begitu pula mereka yang sebelumnya beri'tikaf bersama Beliau.(ringkasan hadis) (Bukhari 2018)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam 'i'tikaf di bulan Ramadhan pada sepuluh malam pertengahan bulan. Kemudian ketika telah melewati malam ke dua puluh menjelang malam kedua puluh satu Beliau datang kembali ke tempat khusus i'tikaf Beliau.daripada hadis ini kita dapati Selepas malam29 atau selepas malam 30,yakni masuk waktu magrib di permulaan shawal kita boleh balik kerumah masing-masing.

Walaupun ada orang mengatakan perlu balik kerumah selepas solat raya,tetapi tidak ada dalil daripada Nabi saw.

Bolehkah buat khemah di masjid?:


Daripada Aisha( Ra): Nabi saw akan berihtikaf di sepuluh malam terakhir Ramadan,saya akan buatkan khemah untuk beliau (ringkasan hadis)
(Bukhari 2033)

Berpandukan hadis diatas ada orang mengatakan boleh buat khemah.akan tetapi bila kita teliti selain daripada hadis ini,kita dapati ia khusus untuk Nabi saw sahaja.

Daripada'Aisyah (Ra) berkata: "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam hendak beri'tikaf. Ketika Beliau menuju tempat khusus untuk i'tikaf Beliau, Beliau melihat ada tada-tanda, yaitu tandanya 'Aisyah, Hafshah dan Zainab. Maka Beliau berkata: "Apakah kalian melihat kebaikan ada padanya (dengan membuat tanda-tanda ini)?" Akhirnya Beliau pergi dan tidak jadi i'tikaf. Kemudian Beliau ber'tikaf sepuluh hari pada bulan Syawal. (Bukhari 2034)

Apakah kalian melihat kebaikan ada padanya (dengan membuat tanda-tanda ini)?" Akhirnya Beliau pergi dan tidak jadi i'tikaf.ini menunjukkan ketidakpuasan Nabi saw dengan membuat khemah.

kita juga boleh faham daripada hadis di atas bahawa kita tidak boleh buat khemah.

Selepas solat Subuh Nabi saw dapati ada empat buah khemah,lalu Nabi saw tanya apakah ini kemudian beliau diberi penjelasan............(ringkasan hadis)
(Bukhari 2014)

Sahabat Nabi saw berihtikaf bersama Nabi saw,akan tetapi kita dapati hanya ada empat khemah berpandukan hadis diatas,satu  untuk Nabi saw,kedua untuk Aisha (Ra),ketiga untuk Hafsha( Ra),
keempat untuk zainab( Ra) jika sahabat pun buat khemah juga sudah pasti ada lebih daripada empat khemah disitu tetapi hanya ada empat sahaja,ini menunjukkan Nabi saw tidak menyuruh sahabat untuk buat khemah ia juga khusus untuk Nabi saw,maka kita tidak perlu buat khemah untuk ikhtikaf.

Adab ketika ikhtikaf:


Ketika berihtikaf di masjid dilarang bersetubuh dengan isteri.

janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. {2:187}

Tidak boleh keluar daripada masjid tanpa keperluan penting:


Daripada'Aisyah( Ra) "Sungguh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah menghulurkan kepala Beliau kepadaku ketika sedang berada di masjid lalu aku menyisir rambut Beliau. Dan Beliau tidaklah masuk ke rumah kecuali ketika ada keperluan (buang hajat) apabila Beliau sedang beri'tikaf". (Bukhari 2029)

Daripada hadis diatas kita dapati tidak boleh keluar masjid tanpa keperluan dan dibolehkan bila ada keperluan.

Jika ada keperluan kita juga diizinkan untuk bercakap.

Berkata Shafiyah (Ra) isteri Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bahwa dia datang mengunjungi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam masa-masa i'tikaf Beliau di masjid pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan, dia berbicara sejenak dengan Beliau lalu dia berdiri untuk pulang. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pun berdiri untuk mengantarnya hingga  sampai di pintu masjid.(ringkasan hadis)(Bukhari 2035)

 Daripada Aisyah (Ra)bahwa ia berkata; yang disunahkan atas orang yang beri'tikaf adalah tidak menjenguk orang yang sedang sakit, serta tidak mengiringi jenazah serta tidak menyentuh wanita, tidak bercampur dengannya dan tidak keluar untuk suatu keperluan kecuali karena sesuatu yang harus ia lakukan. Dan tidak ada i'tikaf kecuali disertai puasa dan tidak ada i'tikaf kecuali di Masjid yang padanya dilakukan shalat Jum'at.
(Abu Daud 2115)

perkataan Sunnah dalam hadis ini menjadi pertikaian ulama sama ada ia daripada Aisyah (Ra) atau orang lain.


Di sunahkan atas orang yang beri'tikaf adalah tidak menjenguk orang yang sedang sakit, serta tidak mengiringi jenazah serta tidak menyentuh wanita, tidak bercampur dengannya dan tidak keluar untuk suatu keperluan kecuali karena sesuatu yang harus ia lakukan.

Juga tidak boleh ikhtikaf dalam masjid yang tidak menunaikan solat jummah.

Imam Taruqkutri telah mengatakan
bahawa perawi yang bernama zuhri sendiri telah menambahkan ayat
tidak boleh ikhtikaf di masjid yang tidak menunaikan solat jummah.
Kitab: (sunan Taruqkutri jilid 2,
muka surat 201)

Imam Baihaki yang meriwayatkan hadis ini juga berkata begini:

Kebanyakan Ulama hadis berpendapat ayat ini di tokoh tambah oleh orang selepas Aisha( Ra).maka jika ada orang mengatakan ayat ini termasuk dalam hadis maka itu adalah pendapat dia sendiri maksudnya bukan daripada Aisha( Ra). kitab : (Baihaki 8377)

Menjadi kebinasaan Imam zuhri apabila meriwayatkan sesuatu hadis beliau akan  tokoh tambah pendapat beliau tanpa memberitahu bahawa ini adalah pendapat beliau.
Maka hadis diatas ini kita tidak boleh ambil sebagai hujjah.(wallahuaklam.)

Ada juga  beberapa hadis yang mengatakan Nabi saw apabila ikhtikaf akan bertemu orang sakit dan mengiringi jenazah,tetapi semua hadis ini adalah daif.

Berpandukan hadis (Bukhari 2029) di atas kita dapati semasa ikhtikaf dimasjid hanya keluar masjid apabila ada keperluan dan inilah yang terbaik.

Bolehkah wanita ikhtikaf dalam masjid?:


Dalil di bawa ini mengatakan wanita boleh ikhtikaf di masjid.

Daripada 'Aisyah( Ra) berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah beri'tikaf bersama dengan seorang
isterinya.(ringkasan hadis)
(Bukhari 309)
Dizaman Nabi saw hanya isteri-isteri beliau sahaja yang ikhtikaf bersama beliau,setakat kita dapat tidak ada hadis yang mengatakan wanita-wanita lain juga ikhtikaf di masjid.

oleh sebab isteri-isteri Nabi saw ikhtikaf dimasjid bersama beliau maka bolehlah kita mengambil hukum bahawa jika ada kemudahan dalam masjid tersebut maka bolehlah kita ikhtikaf bersama isteri kita sebab Nabi saw ikhtikaf bersama dengan isteri beliau.

walaupun ulama beza pendapat tentang ikhtikaf wanita,pendapat diatas lebih tepat dengan hadis.
ada juga orang mengatakan wanita boleh ikhtikaf dirumah,tetapi tidak ada dalil daripada hadis.

Kata Ibnu Abbas( Ra)adalah bid'ah wanita ikhtikaf dirumah.
(kitab : Baihaki 8356)

Ada beberapa hadis megenai keistimewaan ikhtikaf,tetapi semua hadis itu adalah daif.

Ada juga ulama memberi satu pendapat yang salah,yakni hanya boleh ikhtikaf di mekah,madinah dan baitulmuqadis.

mereka juga memberi beberapa hadis akan tetapi semua hadis itu adalah daif.

ia menjadi lebih daif apabila sahabat Nabi saw yakni Aisha (Ra),Ali (Ra) dan
Ibnu Abbas telah meriwayatkan hadis yang maksudnya bertentangan dengan hadis ini.

Lagi pun hadis di atas bertentangan dengan ayat quran:

janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. {2:187}.

The original source (Tamizh): 

No comments:

Post a Comment