Tuesday 1 August 2017

TI0068 - Malay - The month of Muharram and the superstition

Muharram dan kepercayaan karutnya 



Bulan muharram ada kelebihanya dalam Sunnah Nabi saw akan tetapi kita dapati kebanyakan orang Muslim  berangapan ia adalah bulan yang membawa sial.

Ada yang berangapan oleh sebab cucu Nabi saw Husain (Ra) di bunuh pada bulan ini maka tidak boleh buat apa-apa perkara yang baik pun dalam bulan muharram ini.

Tidak boleh berkahwin,besetubuh,makan daging dan percaya tidak boleh buat ini semua walaupun tidak ada larangan daripada Allah swt.

Ada pula setengah pihak untuk menunjukkan rasa sedih dalam bulan ini  mereka melukakan badan dengan senjata tertentu.

Bila rasa sedih perlu sabar dan rehda dengan takdir Allah swt. Ini adalah kewajipan bagi orang-orang yang beriman.

Bila bersedih seperti ada kematian  Nabi saw membenarkan kita untuk bersedih paling lama hanya tiga hari sahaja.
Lebih daripada itu Nabi saw melarang keras untuk bersedih .

Dengan mengingkari larangan Nabi saw dan bersedih untuk sahabat yang telah wafat seribu empat ratus tahun dahulu adalah tidak berasas dan bertentangan dengan Islam.

Pada zaman Nabi saw kebanyakan sahabat dan sahabiah wafat,juga dibunuh oleh musuh akan tetapi Nabi saw tak pernah bersedih untuk mereka tiap-tiap ulang tahun mereka wafat.

Malah junjungan kita Nabi Muhammad saw pun telah wafat,akan tetapi kita tak pernah bersedih untuk hari kewafatan beliau.Jadi apakah asasnya kita hanya bersedih untuk kewafatan Husein (ra)?
Perlu kita berfikir secara adil dalam hal sebegini.

Allah swt telah menyelamatkan Nabi musa (as) dan kaumnya pada bulan muharram ini.sahabat Nabi saw disuruh berpuasa hari ke sembilan dan kesepuluh dalam bulan ini.semogah kita buat amalan seperti ini yang dituntut oleh Nabi saw dan menjadi pengikut Sunnah Nabi Muhammad saw.

Translated by: Brother Akbar Ali

The original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-the-month-of-muharram-and-the-superstition/192413181270015/

No comments:

Post a Comment