Tuesday 1 August 2017

TI0080 - Malay - The scale for displaying decoration/adornment

Menunjukkan perhiasan


Penceramah: P. Jainul Abidin
Disalin  Oleh : Muhammadu Taha (M.I.S.C)

Apabila seorang wanita bertemu dengan lelaki yang mahram denganya bagaimanakah tahap perhiasanya? Alquran telah menceritakan beberapa hukum mengenainya.

Apabila seorang wanita bertemu dengan lelaki yang bukan mahram denganya, walaupun bersama wanita tesebut terdapat saudara yang sangat rapat yang dilarang di kahwininya,Islam menganjurkan beberapa batasan yang perlu dipatuhi.

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ .

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. {24:31}

Perhiasan boleh ditafsirkan seperti memakai barang kemas,menyapu bedak dimuka,meletakan bunga di atas kepala, Mekap muka dengan bermacam warna dan juga mendandan rambut dengan berbagai cara.

Jika berminat seorang wanita boleh juga berlipstick selagi ia tidak memudaratkan badannya. Jika seorang wanita berhias dengan barang mekap juga dikatan perhiasan.

Oleh kerana dengan berhias, mengubah akan kecantikan asli(tanpa berhias), Allah menjelaskan dalam ayat dia atas tentang beberapa batasan kepada siapa seorang wanita itu boleh tunjuk dan kepada siapa yang tidak boleh tunjuk akan perhiasannya.

Orang yang diizinkan melihat perhiasan.

Pertamanya adalah si suami dan untuk inilah perkahwinan diadakan.

Selepas itu didepan bapanya. Ini kerana si bapa tidak akan bersangka buruk apabila melihat perhiasan anaknya dan juga si anak pun tidak akan bersangka buruk didepan bapanya.

Sepertimana diizinkan untuk seorang wanita itu untuk berhias depan bapanya, diizinkan juga untuknya berhias depan bapa mertuanya. Tidak ada larangan dalam Islam.

Seterusnya, seorang wanita itu boleh memakai perhiasan di hadapan anak lelakinya. Ibu tersebut tidak perlu rasa malu didepan anak lelakinya.

Anak juga tidak boleh soalkan ibunya yang berhias walaupun sudah berumur. Malah tidak juga boleh menganggap perbuatan tersebut sebagai suatu kesalahan. Seorang anak itu hendaklah sentiasa beringat bukan sahaja wanita tersebut merupakan ibu baginya tetapi juga isteri kepada ayahnya. Seorang wanita perlu menjaga hati suaminya untuk mendapat kan kasih sayang suaminya. Ia juga bertepatan dengan tuntutan agama. Dalam Islam soalnya adalah berhias di depan siapa, bukanya dilarang berhias.

Jika suami bagi seorang wanita itu mempunyai anak lelaki hasil daripada perkahwinan sebelumnya, maka wanita tersebut diizinkan untuk menunjukkan perhiasan di depan anak itu. Tidak ada larangan dalam agama bagi perbuatan tersebut.

Seorang wanita diizinkan juga berhias didepan saudaranya. Saudara boleh diketogerikan daripada tiga segi. Pertama saudara kandungnya, ataupun daripada keluarga ibunya, ketiga daripada keluarga bapanyaTidak ada halangan dalam agama untuk menunjukkan perhiasan didepan ketiga-tiga saudara ini. Seorang wanita juga diizinkan berhias didepan anak lelaki saudaranya ataupun anak lelaki saudarinya. Diizinkan berhias didepan wanita-wanita lain,Allah swt mengizinkan dan tidak boleh kata ia salah. Akan tetapi apabila dia mengkritik atau mengkutuk wanita lain ia diketogerikan sebagai kesombongan dan yang dilarang.

Majlis yang bercampur wanita dan lelaki yang bukan mahram contohnya kenduri kahwin maka berhias di majlis seperti ini dilarang. Jika majlis yang dihadiri oleh wanita sahaja maka berhias di dalam majlis seperti ini tidak menjadi suatu kesalahan dalam Islam.

Diizinkan didepan lelaki tua yang sudah lanjut usianya yang tidak bernafsu terhadap wanita. Tetapi perlu diperhatikan disini usia tidak boleh diambil kira sebab walaupun sudah berusia 80tahun setengah orang masih bernafsu lagi, jadi yang perlu kita ambil kira adalah keadaan orang tua tersebut bukan usianya.

Diizinkan berhias didepan budak lelaki yang belum kenal aurat wanita dan kemaluanya. Ia juga mengikut keadaan semasa, sebab dizaman sekarang budak berusia Lima tahun sudah mengetahui tentang aurat wanita. jika dibandingkan Lima puluh tahun  dahulu, walaupun berusia Lima belas tahun masih belum mengenal tentang aurat wanita. Adakalanya terpaksa diajarkan tujuan untuk berkahwin kepada lelaki itu di zaman dahulu.

jika seorang budak tidak mengerti tentang hubungan kelamin dan juga tidak tahu apa tujuan suami isteri berduan di biliknya, maka seorang wanita diizinkan berhias didepan budak itu sebab dia di kira sebagai kanak-kanak mungkin proses pembesaran budak itu masih seperti kanak-kanak lagi.

Apabila seorang wanita itu berada bersama suaminya atau mahramnya, jika ada kemungkinan akan berjumpa dengan lelaki asing maka dilarang menunjukkan perhiasannya. Perhiasan seperti barang kemas dan mekap juga dilarang walaupun bersamanya ada suaminya ataupun mahramnya kerana bersama mereka juga ada lelaki yang bukan mahram. Inilah pengajaran yang boleh dapati daripada ayat di atas.

Walaupun seorang wanita itu berhias di hadapan bapanya, bagi lelaki yang bukan mahram yang berada di situ masih akan digoda nafsunya Oleh sebab itulah dalam ayat diatas Allah swt telah senaraikan orang-orang yang di boleh kan lihat perhiasan dan yang tidak boleh.

Di samping itu, terdapat beberapa perkara lagi yang boleh kita dapati daripada ayat di atas. Perhiasan seperti gelang kaki, iaitu yang megeluarkan bunyi juga dilarang. Jika tidak mengeluarkan bunyi maka dibolehkan. Ini kerana rantai kaki yang mengeluarkan bunyi akan menarik perhatian lelaki yang bukan mahramnya. Sekaligus akan mengodanya.

Kita juga dapat lihat ada  wanita berantai kaki yang akan mengentam kakinya untuk menarik perhatian lelaki tertentu, inilah yang dilarang oleh Allah swt.

(janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.) {24:31}

Maka jelas sekali Allah swt telah memberi panduan kepada wanita tentang cara untuk mereka jaga batasan perhiasan. Sebagai Muslim yang bertanggungjawab kita perlulah mengikuti panduan Allah swt tanpa menyoalkanya.

Translated-proofread by: Brother Akbar Ali-Brother Aslam

The original article (Tamizh):

The original source (Tamizh):  

No comments:

Post a Comment