Tuesday 1 August 2017

TI0071 - Malay - Regarding night prayer, Qunut and 20 rak’ats

Solat malam, Qunut dan mengenai 20 rakaat.



Solat malam adalah solat yang terbaik selepas solat wajib Lima waktu.solat malam mendapatkan pahala yang sangat banyak kepada kita.

Daripada Abu Hurairah (Ra)ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadlan ialah puasa di bulan Muharram, dan seutama-utama shalat sesudah shalat Fardlu, ialah shalat malam." (Muslim 1982)

Solat malam telah diberikan berbagai nama:
1.Solatul lail (solat malam)
2.Kiamul lail (berdiri  di malam)
3.Witir (solat dalam angka ganjil)
4.Tahajuth (solat setelah tidur sekejab)
Nama-nama yang indah seperti ini kita dapati ada dalam hadis Nabi saw.

Solat malam yang didirikan pada bulan Ramadan di katakan (solat terawih) tetapi kita dapati tidak ada hadis Nabi saw yang memberikan nama ini.

Solat malam didirikan dua-dua rakaat.
Apabila hendaknya mengakhirinya, hendaklah dengan satu rakaat.

Dari Ibnu 'Umar (Ra), bahwa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tentang shalat malam. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Shalat malam itu dua rakaat dua rakaat. Jika salah seorang dari kalian khawatir akan masuk waktu subuh, hendaklah ia shalat satu rakaat sebagai witir (penutup) bagi shalat yang telah dilaksanakan sebelumnya."(Bukhari 990)

Waktu solat malam:


Selepas solat isyak sampai waktu fajar kita boleh solat malam.
Nabi saw pernah solat sepanjang waktu malam.
Nabi saw solat malam selepas solat isyak sampai waktu fajar kebanyakan 11rakaat.Diriwayatkan daripada
'Aisha (Ra) kitab (Muslim: 1216)

Nabi saw pernah solat malam dipenghujung 3/1malam   sebanyak
 11 rakaat . diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (Ra) .kitab (Bukhari: 7452)

Nabi saw pernah satu hari solat malam di penghujug malam (maksud hadis) diriwayatkan oleh Ibnu Abbas (Ra).kitab (Muslim.376)

Beliau pernah solat dipertengahan malam (maksud hadis) diriwayatkan oleh Ibnu Abbas(Ra).kitab (Bukhari 183)

Nabi saw solat witir sepanjang malam,adakalanya beliau solat witir sampai waktu sahur.diriwayatkan oleh 'Aisha (Ra)kitab.(Bukhari 996)

Cara solat:


Dua rakaat disusuli dua dan seterusnya,
Sabda Nabi saw Solat malam adalah dua, dua rakaat . diriwayatkan oleh umar (Ra) kitab.(Bukhari 991), (Muslim 1363)

Bilangan rakaat:



8+3 rakaat:


Ditanya oleh Abu salamah bin Abdurrahman kepada
'Aisyah (Ra) tentang cara solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di bulan Ramadhan. Maka 'Aisha(Ra) menjawab: "Tidaklah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat malam di bulan Ramadhan dan di bulan-bulan lainnya lebih dari sebelas raka'at, Beliau solat empat raka'at, dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya kemudian Beliau solat empat raka'at lagi dan jangan kamu tanya tentang bagus dan panjangnya kemudian Beliau solat tiga raka'at". 'Aisha (Ra) berkata; Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah anda tidur sebelum melaksanakan witir?" Beliau menjawab: "Wahai 'Aisha, kedua mataku tidur, namun hatiku tidaklah tidur".(Bukhari 1147/Muslim 1220)

12+1 rakaat:


Ibnu Abbas(Ra)meriwayatkan bahwasanya; Pada suatu malam dia tidur di rumah bibinya, Maimunah, Ummul Mukminin. Dia tidur melintang kasur, sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan isterinya memanjang kasur. Beliau tidur hingga lebih kurang sampai pertengan malam. Setelah itu, beliau bangun sambil menyapu kantuk dari mukanya. Kemudian beliau membaca sepuluh ayat penghabisan dari surat Ali Imran. Sesudah itu, beliau pergi ke tempat air, lalu beliau berwudlu dengan menyempurnakan wudlunya, dan sesudah itu beliau shalat. Ibnu Abbas berkata, "Aku pun bangun kemudian melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian aku berdiri di samping kiri beliau. Tetapi beliau memegang kepalaku dengan tangannya dan memindahkanku ke sebelah kanannya. Mula-mula beliau shalat dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at, kemudian dua raka'at dan kemudian witir satu raka'at. Sesudah itu, beliau berbaring hingga terdengar muadzin mengumandangkan adzan Subuh. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bangun, lalu solat ringkas dua raka'at, sesudah itu beliau pergi ke (masjid) untuk mengerjakan solat Subuh." (Muslim 1275/Bukhari 183)

Nabi saw pernah solat malam
13 rakaat, diriwayatkan oleh IbnuAbbas(Ra).kitab(Bukhari 1138/Muslim 1276)

10+1rakaat:


Nabi saw solat malam 11rakaat,satu rakaat adalah witir,selepas solat beliau akan baring mengiring Sebelah kanan sehinggah muazin datang gerak beliau, setelah muazin datang beliau akan banggun dan solat sunat dua rakaat singkat.diriwayatkan oleh Aisha (Ra)Kitab(Muslim 1339)

8+5rakaat:


Nabi saw solat 13 rakaat,5rakaat adalah witir,dalam lima rakaat hanya rakaat terakhir sahaja beliau akan duduk.dalam rakaat lain beliau tak akan duduk.diriwayatkan oleh Aisha (Ra)kitab.(Muslim1341)

7rakaat dan 9rakaat:


Aku bertanya kepada 'Aisha( Ra) tentang shalat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di waktu malam. Maka 'Aisha (Ra)menjawab: "Tujuh atau sembilan atau sebelas raka'at selain dua raka'at sunnat Fajar". diriwayatkan oleh masruq.kitab(Bukhari 1139)


Solat witir:5,3,1


Daripada Abu Ayyub(Ra), bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat witir itu benar. Barangsiapa hendak solat witir, maka ia boleh mengerjakannya lima rakaat. Barangsiapa hendak solat witir, maka ia boleh mengerjakannya tiga rakaat, dan barangsiapa hendak solat witir, maka ia boleh mengerjakannya satu rakaat."(Nasaei1692/Abu Daud1212/Ibnu majah1180)

Cara solat witir:



Dalam solat witir setiap rakaat dibaca surah fatihah dan surah seterusnya seperti biasa.

Dari Ubay bin Ka'b (Ra)dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada rakaat pertama dalam shalat witir membaca surah Al A'laa'(87).Pada rakaat kedua membaca surah Al Kaafiruun',(109)dan pada rakaat ketiga membaca surah Al Ikhlash.(112)" (Nasaei 1682)

Apabila solat witir tiga rakaat,dalam rakaat kedua tak perlu duduk untuk baca tahiyat seperti biasa,banggun dan hanya duduk di rakaat ketiga untuk baca tahiyat dan beri Salam.

Sabda Nabi saw"Jangan solat witir seperti mana solat magrib " diriwayatkan oleh Abu hurairah (Ra)
Kitab:(Taruqkutri jilid 2,muka surat 25/Ibnu Hibban:jilid 6,mula surat 185)

"Nabi saw solat witir tiga rakaat,beliau tak akan duduk sehinggah rakaat terakhir "diriwayatkan oleh Aisha ( Ra)
Kitab:(Baihaki jilid 3,muka surat 28)


Qunut:



Dalam solat witir rakaat terakhir sebelum rukuq atau selepas rukuq dibacakan Qunut,tidak perlu angkat tangan untuk baca qunut sebab tidak ada bukti daripada Sunnah Nabi saw.

"Nabi saw baca qunut sebelum rukuq "
diriwayatkan oleh ubay bin Kaab(Ra)
Kitab:( Nasaei 1681)

"Selepas angkat kepala daripada rukuq ,hanya tinggal untuk nak sujud maka Nabi saw mengajarkan saya untuk baca qunut"diriwayatkan oleh Hasan (Ra)
Kitab:(Hakim 4800)

Bacaan qunut:



 اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ ‏"‏ ‏.

Daripada, Al Hasan bin Ali (Ra) berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam mengajariku beberapa kalimat yang saya ucapkan dalam solat witir, yaitu ALLAHUMMAHDINI FIIMAN HADAIT, WA'AAFINI FIIMAN 'AFAIT, WATAWALLANII FIIMAN TAWALLAIT, WABAARIK LII FIIMA A'THAIT, WAQINII SYARRAMA QADLAIT, FAINNAKA TAQDLI WALAA YUQDLA 'ALAIK, WAINNAHU LAA YADZILLU MAN WAALAIT, TABAARAKTA RABBANA WATA'AALAIT.
Kitab:(Thirmizi 426/Nasaei 1725)

Maksudnya:


'Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang Engkau beri petunjuk. Berilah aku kesehatan sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri kesehatan. Sayangilah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sayangi. Berilah berkah apa yang Engkau berikan kepadaku. Jagalah aku dari kejahatan yang telah Engkau tetapkan..Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan (memberi hukuman), dan tidak ada yang menetapkan kepada-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau bela. Maha Suci Rabb kami dan Maha Tinggi Engkau'."

Daripada Ummu Salamah(Ra) dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam shalat witir dengan lima dan tujuh rakaat beliau tidak memisahkan rakaatnya dengan salam ataupun perkataan.kitab:(Nasaei 1695/Ibnu majjah1182/Ahmad 25281)

Daripada 'Aisha(Ra), bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah shalat witir lima rakaat dan beliau tidak duduk (tasyahud) kecuali pada rakaat terakhir.kitab:(Nasaei 1698)

Daripada Aisha( Ra) dia berkata; "Setelah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berusia lanjut dan mulai gemuk, beliau solat tujuh rakaat tanpa duduk, kecuali pada akhir rakaat"
Kitab:(Nasaei 1699)


 Dari 'Aisha( Ra)dia berkata; "Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengerjakan shalat witir sembilan rakaat maka beliau melakukannya tanpa duduk, kecuali pada rakaat kedelapan. Lalu memuji Allah, berdzikir, dan berdoa kepada-Nya. Kemudian beliau bangun lagi tanpa salam (pada rakaat kedelapan tersebut). Kemudian shalat rakaat yang ke sembilan, lalu duduk dan berdzikir kepada Allah Azza wa Jalla. Setelah itu berdoa kemudian mengucapkan salam yang terdengar oleh kami. lalu beliau solat dua rakaat sambil duduk. Setelah tua dan lemah, beliau solat witir tujuh rakaat, beliau tidak duduk kecuali pada rakaat yang keenam, lalu beliau bangkit lagi dan tidak mengucapkan salam untuk melaknjutkan rakaat yang ketujuh. Setelah itu beliau salam. Kemudian beliau solat dua rakaat sambil duduk."
Kitab:(Nasaei 1700)

20 rakaat?



Solat malam ,iaitu terawih yang disebut oleh manusia zaman sekarang adalah 20 rakaat,mereka juga memberi dalil berikut:
Nabi saw solat malam dibulan Ramadan berseorangan(tidak berjemaah)
Solat witir 20rakaat.diriwayatkan oleh Ibnu Abbas( Ra)kitab:(Baihaki 4391)

Hanya satu hadis inilah yang boleh dikaitkan untuk 20rakaat,tetapi hadis ini tidak sahih sebab imam (Baihaki)yang menulis hadis ini sendiri mengatakan ia
tidak sahih.sebab perawi dalam hadis ini yang bernama Abu shaibah adalah orang yang daif,imam Baihaki sendiri telah menulis nya dalam kitab beliau.

Selepas ini bukti lain yang mereka bagi adalah ,  berkaitan perbuatan yang di buat oleh Umar (Ra).

Pada zaman Umar( Ra) penduduknya solat 20 rakaat,daripada yasith bin Ruman.kitab:(muatta 233)

Imam Baihaki yang kritik ,megenai hadis ini mengatakan yasith bin Ruman tidak sampai pada zaman Umar( Ra),yakni dia belum dilahirkan di zaman Umar (Ra)
Ia dikatan dalam kitab  bernama
Al- maqrifa,ini dikatan oleh sailayi yang bermazab Hanafi,kitab: (Nasabur raya,jilid 2 ,muka surat 154)

Seorang yang belum lahir pada zaman Umar (Ra) bagaimana boleh ceritakan  apa yang berlaku di zaman itu?
Jadi hadis ini pun menjadi  daif juga.
Namun ada hadis yang bercanggah dengan ini yang lebih sahih,iaitu  sebelas
 rakaat,dalam kitab Muatta Malik.

Telah menceritakan kepadaku dari Malik dari Muhammad bin Yusuf dari As-Sa`ib bin Yazid dia berkata, " Umar bin Khatthab (Ra)memerintahkan Ubay bin Ka'ab dan Tamim Ad Dari untuk mengimami orang-orang, dengan sebelas rakaat."
Kitab:( Muatta Malik 232)

Daripada dua hadis ini kita dapati hadis yang sahih inilah yang kita boleh ambil sebab ia ada perintah daripada
Umar (Ra) dan yang satu lagi adalah daif, juga bukan daripada Umar( Ra) tetapi dikatan oleh orang yang bukan daripada zaman beliau,maka hadis ini perlu ditolak.lagipun hadis sahih inilah yang bertepatan dengan hadis Nabi saw.

Kepada yang berkata Umar (Ra) solat 20rakaat,walaupun beliau tidak buat, sebagai hujjah katakanlah beliau buatpun,ia tidak menjadi syariat sebab kewajipan seorang muslim adalah mengikuti Sunnah Nabi Muhammad saw.

Maka yang lebih tepat adalah ,tidak ada satu hadis yang sahih untuk solat malam 20 rakaat .

Akhir kata,walau sesiapapun yang buat amal yang bertentangan dengan amalan Nabi Muhammad saw maka ia tertolak di sisi Allah swt.
Daripada buku bahasa Tamil: Nabi vali Tolugai Sattangal
Karangan: MI Muhammad sulaiman, Edisi Aug2015,muka surat 203-214

Translated by: Brother Akbar Ali

Original article (Tamizh): https://www.facebook.com/notes/thowheed-translations/tamizh-regarding-night-prayer-qunut-and-20-rakats/218301992014467/

No comments:

Post a Comment